Friday 18 December 2015

Rombongan Pengantin pihak lelaki (adik ipar)

Assalamualaikum..

maaf aku lambat sikit update entry kali ni.. actually kenduri rombongan belah pihak lelaki (adik ipar) pada hari ahad lepas 13 Disember 2015 .. so disebabkan tiada ruangan masa nak mengarang cita... aku cita laa hari ni...

okay macam biasa.. belah kitaorang dah settle minggu2 lepas.. so minggu ni kami sekeluarga rilekss jeakkkk... just pagi tu.. adik aku awal-awal jam 9.00 pagi da gerak ke butik pengantin untuk dimakeupkan sekali lagi dan dilukiskan henna ...

sebelum bertolak.. bergambaq sat

dia habis makeup dalam pukul 11.30 pagi.. husband dia pun datang sekali untuk tunggu semua rombongan pihak pengantin perempuan untuk pergi ke rumah majlis di Juru.. (dekat jerkk)
lebih kurang 10 buah kereta berkumpul di Stadium Batu Kawan , dan mula bergerak dalam jam 1.00 tengahari...

so dalam pukul 1.30 tengahari kitaorang semua pun sampai.. kami disambut di pihak lelaki .. dan dari pihak keluarga .. mak ayah aku.. serta AKU disuruh duduk dimeja makan dengan pengantin . ecehhhh aku malu weyhhh nak makan depan tu hakhak.. tapi last-last habis jugak . lapar katakan hehehe.. malu hilang..

masa makan di meja makan pengantin ....

bergambar habis time makan pun...hahaha... (aku pendekkan cita)
dah settle makan.. kitaorang pergi bergambar di Pelamin plak.. whoaaa.. belah sini tema dia Purple ..so ber-purple lah kita yehhh.. bergambar belah pihak keluarga kami lah... belah mak, belah ayah.. semua ada.. jangan risau... camera-man (photographer) dyowang ada.. hahaha.. tak lupa jugak pakai camera henpon yang tak berapa nak canggih sangat ..

aku dan adik aku serta adik ipaq ..

bergambar kali ni tak kelam kabut sangat ...sebab masa tu tetamu da kurang.. so boleh rileks2 je.. ta macam kenduri belah kami... ramai gila baq ang bila pikir balik.. semua jadi cacamerba haha.
apa pun benda da settle.. jangan ingat lagi :)

oklah ... itu jelahh cita aku kali ni... Alhamdulillah selesai sudah kedua-dua belah pihak ..
now tunggu turn aku jelah keyhhhhh... InshaaAllah.. Amin...



Friday 11 December 2015

Majlis Perkahwinan Ilah & Wan

Assalamualaikum ... saja nak throwback balik masa wedding adik aku hari ahad lepas, iaitu jatuh pada tarikh 06 disember 2015. Majlis Perkahwinan ini adalah pertama kali berlaku pada keluarga kami..

Orang yang bertungkus lumus mencari dan menyediakan semua persiapan mestilah mak ayah aku .. dyowang yang excited sangat sebab nak menyambut menantu sulung kata kan ... ehh menantu sulung?? habis aku ni?? okayy cool cool.. actually aku lah anak sulung kan.. so kira adik aku yang kawen dulu.. maka officiallyyy nya adik aku dah langkah dua bendul hakhakhak..

tapa... tu jodoh dia.. :) Alhamdulillah.

semua persiapan dah dilakukan cuma tunggu hari majlis sahaja.. so tiba lah hari ahad tersebut... Majlis di mulakan awal pagi kerana kami mengadakan tahlil sekali... selepas itu, majlis perkahwinan bermula jam 11.30 pagi... ramai baq ang...cuaca masa tu elok panaihhh jaa... ta hujan lagi woi...

aku malas nak cita memanjang.. majlis memang berjalan dengan lancar.. sambutan pun ok..... orang datang ta henti-henti.. Alhamdulillah..
so jam menunjukkan kul 2.50 petang..
adik aku di suruh tukar pakaian gaun untuk sesi memotong kek..  sesi pertukaran baju pun sampai 1 jam... gila lama.. (ada masalah antara mak andam butik busana pengantin) 

so sesi memotong kek berlangsung kira kira pukul 4.00 hingga 4.30 petang sahaja..
seterusnya kami keluar untuk sesi outdoor photoshoot.. photog. bersetuju untuk shoot di Taman Tunku, seberang Jaya.. setelah kami tiba di sana... dalam beberapa minit... YaAllah tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya... dalam hati aku.. kesian sangat2 kat adik aku dan husband dia.. bayar mahal dah untuk photoshoot last-last hujan... 
tada rezeki kan... itu yang buat aku rasa kesian sehingga hari ni.. komfom gambar adik aku ta banyak nanti... 
 adik aku & husband dia (pakaian gaun putih & kot hitam untuk sesi memotong kek)

kami sepupu.. cucu mami tok wan shariff'

sepetang menemani adik shoot wedding di Jabatan Taman Tunku, Seberang Jaya


itu lah cerita nya.. " moral of story ... nak kawen.. cari wedding planner awal-awal... 
get ready kalau musim hujan... make sure boleh repeat shoot di hari lain.. atau diganti dengan shoot studio ... baju tu sewa la lagi untuk satu hari lagi...  "

*untuk my sayang.. tq so much sebab datang jejauh untuk hadir dan spendtime dengan aku masa majlis tu ...