Wednesday 28 December 2016

Berhenti Kerja

Assalamualaikum, yaaa ... hari ni nak cerita pasal berhenti kerja, aku datang interview kat company ni masa bulan disember 2014, masa tu aku tak harap pon dapat kerja secepat macam ni, sebab aku still on mood bercuti sebab baru berhenti kerja kat tempat lama bulan november macam tu.. so dapat la call untuk interview kat company ni..  dalam 05 januari 2015 aku dah start kerja.. macam biasa lah, gaji seciput sebab pengalaman tu still zero.. dalam bidang sales ni..

pejam celik pejam celik hingga la sekarang.. selepas sahaja berkahwin aku bercadang untuk berhenti kerja di sini.. sebab nak follow suami balik KL.. adakala rasa tak sabar, adakala rasa sedih sebab nak tinggal kan tempat kerja ni yang aku dah kerja hampir 2 tahun.. apa pun , keputusan yang aku buat ni, muktamad.. maybe minggu depan aku akan hantar surat resign .. sebab notis berhenti 1 bulan..

kerja sales macam aku ni tak la susah mana pun, yang penting aku selesa, bebas, dan kerja rileks... apa yang aku risau dengan tempat baru kat sana ialah.. kerja baru yang nak kena start belajar balik dari awal... nak kenal kawan baru yang aku sendiri pun tak tahu perangai nya.. and hmm macam-macam la lagi kan.. hmm stress jugak pikir actually.. apa boleh buat.. ini laaaaa masalah setiap orang akan lalui bila nak start kerja kat tempat yang baru..

please get ready ciah, you can do it.. welcome 2017 .. new life, new job!!

yang pasti aku akan rindu bilik sales office aku ni.. hmm

sales office 
ni la meja aku, serabut sikit sebab tengah buat kerja kan .. haha.. btw aku la budak sales aku la budak yang buat keja engineering punya... tapala, kita kutip pengalaman sikit-sikit..
 officemate aku ni seorang perempuan cina yang suka tampal macam-macam benda kat dinding tempat meja dia, gambar dia la, lukisan anak-anak dia la, sijil bola keranjang anak dia pun, dia tampal.. haha
 dalam bilik office kami ni, 2 orang kami jea duduk.. so heaven gila dengan CCTV pun tade kan.. yaa kami memang sekepala .. but sometimes,  hmmm
haaa ni dinding background belakang kami, corak-corak cop buatan sendiri guna kertas okay... tada acuan2.. kreatiffff annn... kreatif la sanggat....

hmm.. aku berharap next job nanti, mudah-mudahan Allah ketemukan aku dengan kawan-kawan yang baik-baik..kawan yang tak mengata belakang-belakang, kawan yang mulut mau jaga hati perasaan orang, kawan yang jenis memahami, kawan yang hmmmm complete baik dari semua sudut.. then yang penting gaji atas dari yang sekarang dan juga kerja nanti nak laaa yang boleh rileks .. tada la serabut seteresssss setentionn ....Amin...

(hahaha banyak betul permintaan aku kannn)

Thursday 22 December 2016

my wedding

make up akad nikah yang sweet-sweet ni di sponsor khas dari akak NITA RASHID (boleh add FB dia nama yang di mention tu, contact no +60125313997)

 makeup sanding ni yang wowwww ni juga di sponsor khas oleh akak FEJIDA AMIR dari Jawi (boleh add FB dia nama yang di mention tu, contact no +60195940730)

makeup sanding di penang
 makeup sanding di penang
 makeup sanding di penang
makeup sanding di penang
 makeup sweet-sweet ni plak di makeup oleh akak MAISYAMUA dari Ampang (boleh add FB (Maisya Binti Md Nor) IG (maisyamua) , contact no +60102208290)
makeup sanding di Hulu Langat
 pelamin cantik dari NISRINA PELAMIN BAJET PENANG (boleh follow IG (nisrinaminipelaminbajetpenang) and add FB (Nisrina Pelamin Bajet Penang) contact no +0184724329)
 SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU (boleh add Fb (zarul izwan) and follow IG (zarulphv) contact no +0174516920)
 SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
 SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
  SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
 SHOOT by ZARUL IZWAN a.k.a IKAN BIRU
 cup cake yang sedap ni, special sponsor by dear Qistina (boleh add Fb (qistina k'man) atau follow IG (qisqissy) contact no +0193300292) untuk tempahan sila contact sis Qiss ni yea.. kek die memang sedap ..
 cup cake yang sedap ni, special sponsor by dear Qistina


nanti i akan update contact no. dyowg semua ok.. 

Thursday 15 December 2016

Raikan Cinta Ciah & Fathi

Assalamualaikum..

huhhhhh!! ada peluang untuk aku karang sedikit pasal jalan cerita aku dari mula nya hubungan sebuah kekasih, kepada tunang dan seterusnya ke saat pernikahan dan selanjutnya.. iaitu alam berumah tangga aku yang bermula umur 23 tahun..

Merisik / Bertunang

aku dan dia plan bertunang pada awal tahun 2016. yess.. aku telah datang dirisik oleh si dia dan keluarga nya pada 13 Mac 2016.. persiapan biasa biasa sahaja.. hantaran berbalas pun sedikit .. tak ada salinan pakaian macam orang lain selalu buat.. tak ada pelamin .. aku cuma berpakain baju kurung biasa, sedikit solekan sendiri, dan sedikit makan-makan buat sebelah keluarga nya dan keluarga aku sahaja .. dan juga tak ada jemputan kawan-kawan atau jiran tetangga.. (so kawan-kawan aku jangan terasa yeaa)

hari dirisik tu bagi keluarga kami, ialah hari pertunangan .. dimana masing-masing keluarga sudah berbincang meletak kan harga duit belanja hantaran , mas kahwin dan juga tarikh pernikahan..kami menjalankan hari biasa kami seperti biasa.. sepasang kekasih dan juga sebagai tunangan orang ... aku mengakui aku di duga dengan ujian emosi oleh orang-orang yang di sekeliling nya dengan rasa kurang tidak senang.. yes.. sepanjang pertunangan semua pasangan mesti akan mengalami dugaan masing-masing..

Akad Nikah

Alhamdulillah... hubungan kami di restui Allah, kami selamat di ijab kabul pada tarikh 03 Disember 2016 pada hari sabtu jam 2.25 petang selepas solat zohor..

hari tu ada dua orang pasangan termasok kami.. akad nikah di buat di masjid Jamek Batu Kawan, agak ramai ketika tu.. kira nya kedua dua pasangan kami berkumpul di dalam masjid dan tok kadi buat serentak .. perasaan aku time tu biasa-biasa.. agak gementar , hahaa (macam aku plak nak salam dengan tok kadi nya) muncul jugak perasaan cemas dan terlintas sekejap ,, seperti tak percaya yang aku akan menjadi isteri orang dalam masa 2 tahun mengenali si suami ..alhamduillah dia jodoh aku..

dengan skali lafaz... suara lantang nya dengan jelas... aku sah menjadi isteri dia.. aku tak rasa nak menanggis.. tapi rasa terharu dan gembira... tu ada.. Alhamdulillah Ya Allah..

 hihi... salam abg ..
 dengan family suami
selfie dengan kawan-kawan yang datang.. tq hampa semua..
 thanks fatin jawahir, atin nurul, syazleen, hawa & fatin auni
 kawan sekolah aku yang still stay sampai sekarang.. 
haha ni plak "bridemaids time nikah baju sama tanpa sengaja katanya"

Majlis Perkahwinan sebelah aku di Batu Kawan, Penang (04 Dis 2016)

pagi-pagi lagi kami dah bersiap nak pergi membuat persiapan diri.. makeup dan pakai baju pengantin.. aku makeup di jawi.. rumah akak Fejida Amir.. maybe dalam pukul 8.30 kami sampai.. agak lewat sebab dalam perjalanan ke sana .. kami mengambil peluang untuk memasang petunjuk arah ke wedding kami.. sebab tak ada orang nak tolong pasangkan ..

so sampai sana.. aku pun start la dimakeup kan oleh akak fejida.. dan pengantin lelaki pun di touch-up sikit dengan foundation . hahaha (sebab suami aku ni gelap sikit) hahaha.. dan siap semua.. dalam pukul 11.30 .. kami ada masalah sedikit dengan sampin pengantin lelaki. suami aku dan kawan nya tak reti nak pakai sampin ala-ala bunga tu.. dah bukak Youtube and also Video yang aku rakam masa pergi fitting hari tu.. still tak pandai buat..so yang lambat nya.. kami bergegas ke butik Romzy semula untuk menyuruh akak butik pakai kan.. malang nya .. dah sampai akak yang nak bagi pakai tu pun tak reti jugak.. so akak tu pun buat lah gaya yang dia tahu.. hentam je laa nokkssss... tadaaaaa alhamdulillah .. kira boleh and cantik lah tu.. so kami bertolak balik ke batu kawan dalam pukul 1.00 tengahari..  kami di arahkan sampai di majlis dalam pukul 1.30 .. sebab dah nak dekat solat zohor kan...

aku malas nak cakap banyak ... so majlis berjalan dengan lancar.. ramai kawan aku datang .. terima kasih tak terhingga yang datang .. yang bagi hadiah .. tapi tade nama.. thank you sanggat guyssss.... sayang hampa semua !!! syukur alhamdulillah ... hari tersebut tak hujan pun.. alhamdulillah Ya Allah sebab tak hujan .. so majlis diteruskan oleh kunjungan tetamu seperti biasa.. sampai lauk tak cukup .. perghhhhh alhamdulillah ... maaf bagi yang tunggu nasik lambat masak.. saya mintak maaf yea...

terima kasih mak ayah, keluarga belah mak, belah ayah yang banyak membantu ciah .. dari awal sampai habis kenduri.. sepupu semua thanks sanggat. mintak maaf kalau ade terkasar bahasa sikit hari tu... dan kawan-kawan photog. yang datang .. syahir... abang Hermawan dan juga my OP photog. Zarul PHV ikan biru dan tunang nya adik Iena yang menjadi pengapit dalam beberapa minit haha. thanks so much... kawan kerja Wahlee Feng Tan dan anak-anak nya yang cute .. kawan kerja Net Point yang datang .. kawan kerja Furutec .. thanks ramai yang datang.. dan jiran-jiran, kawan-kawan mak ayah.. kawan-kawan adik.. thanks semua... terima kasih lah semua nyaa... nanti aku share sikit gambar aku kat bawah okeyhh...

selfie sikit kat pelamin 
habis photoshoot outdoor, singgah jap makan MCD juru. lauk kat umah komfom habis

Majlis Perkahwinan sebelah suami di Hulu Langgat, Selangor (10 Dis 2016)

yaaaa, selang seminggu majlis aku.. then turn majlis di sebelah lelaki plak.. kami bertolak pada hari jumaat pagi .. sebab majlis nya hari sabtu kan.. thanks suami datang penang khamis malam tu untuk datang jemput konvoi sebelah penang..

dalam 6 buah kereta dari penang termasok kereta kami.. kami sampai di Hulu Langgat dalam 3.00 @ 4.00 petang macam tu aku pun da ta ingat.. sampai jea.. family suami dah sediakan kami homestay yang berdekatan rumah nya.. malam tu dalam pukul 8.00 kami sekeluarga di jemput pergi ke rumah nya untuk makan malam beramai-ramai.. serius.. family aku suka sangat dan semua nya happy.. thanks family mertua ..

dipendekkan cerita .. tiba nya hari sabtu hari majlis perkahwinan di rumah suami aku.. majlis berjalan dengan lancar.. perarakan bermula pukul 12.00 tengahari .. alhamdulillah, dalam pukul 2.30 petang macam tu baru hujan sedikit.. tapa.. hujan rahmat ... selepas tu hujan pun da reda sikit.. tetamu datang seperti biasa tidak putus-putus.. dalam pukul 4.00 petang majlis dah berakhir tutup..

details sangat kalau nak cerita nih.. so aku share sikit ahh gambar nye keyh.. and hari tu kami tada amik OP photog. so dapat la makan kat meja beradap dengan happy nya hahaha aku dan suami makan betul-betul tibai makan.. dengan udang panjat nya, ayam golek nya, ikan nya , ice cream nya, puding nya.. dan buah-buah yang di sediakan.. hahaha sebab belah penang kat meja makan beradap tu tak sempat nak makan.. sebab ramai nak bergambar hahaa rasa macam artiss woooo hahaha.. apa pun tengs semua yang datang.. !!

 family aku dari Penang !!!
hahaha iollsss datang nih... perarakan ke majlis sebelah rumah pengantin lelaki.. thanks Maq & Redza jadi pengapit kami..
 pengantin nak selfie sikitttt...
malam tu potong kek yeahhh !!

Tuesday 29 November 2016

Design Village Outlet Mall Batu Kawan terbesar di Malaysia



Assalamualaikum... ohh mesti rata-rata orang penang da tahu kan kemunculan outlet mall yang diperkatakan sekarang, outlet mall yang terbesar di malaysia... terbesar dari JPO.. wawww... tana cakap banyak sebab aku pun tak tahu sangat bab-bab outlet mall ni, just nak share apa yang aku tahu la... outlet mall ni baru je di buka pada 23 november lepas, pada jam 6 petang.. so aku tak pegi ke?? ehh... sabor... nak tahu tak.. rumah aku ke outlet mall tu dalam 5 minit jea ok.. wat apa aku nak sesak sesak pergi time pembukaan die ye tok.. dah la time hari kerja plak tu..

bagi orang-orang jauh datang dulu yaa.. yaa dari hari pembukaan dia hingga 30 november. iaitu hari ni lah .. sale akan berakhir.. aku sempat pergi masa hari ahad lepas.. perghhh ramai gila babe.. sesak jugak.. hujan-hujan pon orang datang..ye la sale kan .. so aku da kering kontang da pocket aku.. so aku tengok-tengok je la dulu.. bak kata orang melawat kawasan dulu okay.. even sekarang ni banyak shop tak bukak lagi..

why kitaorang nampak macam perak.... (jakun gilerrr??) yelah ... nak tahu tak.. batu kawan ni.. boleh dikatakan tempat yang agak pendalaman ... hulu-hulu sikit ar... kebanyakkan tanah kat batu kawan before ni ialah ladang kelapa sawit uollllss.... kebanggaan penduduk batu kawan ialah stadium negeri pulau pinang semata-mata.. and then makin lama makin maju.. start event JomHeboh dibuat kat stadium tu.. start lah pembinaan jambatan penang ke dua.. tapak-tapak perumahan, restaurant The Ridge di Jeti Pulau Aman..balai Bomba, balai Polis..also banyak kilang-kilang perindustrian...dan macam-macam lagi akan naik tak lama lagi.. yes ... makin lama makin maju.. and aku plak akan kahwin dan keluar dari sini.. tapi alhamdulillah keluarga aku masih di sini uollss.. sebab aku ni anak jati Batu Kawan.. sejak aku tadika lagi da pindah sini.. atok nenek aku memang orang sini .. so nanti aku balik kampung.. takdelaaa boring sangat.. shopping mall dekat nak mampos..

oklah aku tanak cita la pasal pembangunan kat sini.. apa pon, sapa yang tak beli rumah area batu kawan ni.. korang memang rugi.. sebab banyak lagi okkaayyyy pembinaan akan naik gila-gila kan sini.. sebab apa?? sebab semua ni nak tarik untuk orang datang ke batu kawan yang dahulu nya kosong tak ada apa-apa .... and orang pulau memang senang na datang sebab dah ada jambatan kedua kan.. nak lalu jambatan pertama boleh, kedua pon boleh.. ikut yang dyorang rasa dekat.. so.... nak cari barang yang ada kat KL? or belah belah selatan? no need.. penang dah ada . jimat minyak kenn...

so aku nak share sikit beberapa brand yang ada kat Design Village mall tu..



















so setakat ni, ini jelah yang aku tahu .. ini pun sumber dari google kat page Design Village.

nahh .. aku share sikit gambar aku time kat sana..
 haha OOTD kejap depan Super Dry

 da nak dekat chrismast kan... dia punya hiass lelawo...

selfie sikit.. aku datang dengan kawan aku ahad lepas.. berdua jea..

kecewa sikit, ramai yang serbu kat Wendy's .. so kami terpaksa beratur panjang dan tunggu hampir 1 jam.. untuk sampai turn nak order.. order bungkusss jeaaa yuppppp.. lengguh kaki aihhh berdiqi kat dalam tu.....ramai giler..lapo sangat.. tu sanggup tunggu jugak tu... dah tu jenis-jenis manusia yang makan dalam tu duduk punya lama.. ta reti nak bangun keluar .. kasi la chance kat customer lain plak duduk.. ye dok.. hmmm.. meja kerusi pun sikit.. kedai pun kecil .. staff pon tak ramai.. dia la amik order.. dia laa yang buat order... dia la jugak curik-curik pegi goreng ayam, goreng kentang.. aduhhh sabor je laa.... haishhh dah tahu ramai orang kan.. amik la pekerja partime tu rameiiiiii sikit...  tak pasal-pasal tade pilihan.. kitaorang makan kat kerusi batu-batu kat luar shop tu jea... lapaq weyh... wendy's je laa nampak menarik nak makan pon time tu... kalo ada mcd, kfc, benda lain kat luar design village tu.. memang kitaorang belah dah.. tu je la yang kecewa sikit..

ok lah ... selamat mencuci mata dan selamat shopping di Design Village Penang .... next??? tunggu pembinaan IKEA plak bersebelahan design village nanti .... yuhuuu..

tq. byee...