Tuesday 29 November 2016

Design Village Outlet Mall Batu Kawan terbesar di Malaysia



Assalamualaikum... ohh mesti rata-rata orang penang da tahu kan kemunculan outlet mall yang diperkatakan sekarang, outlet mall yang terbesar di malaysia... terbesar dari JPO.. wawww... tana cakap banyak sebab aku pun tak tahu sangat bab-bab outlet mall ni, just nak share apa yang aku tahu la... outlet mall ni baru je di buka pada 23 november lepas, pada jam 6 petang.. so aku tak pegi ke?? ehh... sabor... nak tahu tak.. rumah aku ke outlet mall tu dalam 5 minit jea ok.. wat apa aku nak sesak sesak pergi time pembukaan die ye tok.. dah la time hari kerja plak tu..

bagi orang-orang jauh datang dulu yaa.. yaa dari hari pembukaan dia hingga 30 november. iaitu hari ni lah .. sale akan berakhir.. aku sempat pergi masa hari ahad lepas.. perghhh ramai gila babe.. sesak jugak.. hujan-hujan pon orang datang..ye la sale kan .. so aku da kering kontang da pocket aku.. so aku tengok-tengok je la dulu.. bak kata orang melawat kawasan dulu okay.. even sekarang ni banyak shop tak bukak lagi..

why kitaorang nampak macam perak.... (jakun gilerrr??) yelah ... nak tahu tak.. batu kawan ni.. boleh dikatakan tempat yang agak pendalaman ... hulu-hulu sikit ar... kebanyakkan tanah kat batu kawan before ni ialah ladang kelapa sawit uollllss.... kebanggaan penduduk batu kawan ialah stadium negeri pulau pinang semata-mata.. and then makin lama makin maju.. start event JomHeboh dibuat kat stadium tu.. start lah pembinaan jambatan penang ke dua.. tapak-tapak perumahan, restaurant The Ridge di Jeti Pulau Aman..balai Bomba, balai Polis..also banyak kilang-kilang perindustrian...dan macam-macam lagi akan naik tak lama lagi.. yes ... makin lama makin maju.. and aku plak akan kahwin dan keluar dari sini.. tapi alhamdulillah keluarga aku masih di sini uollss.. sebab aku ni anak jati Batu Kawan.. sejak aku tadika lagi da pindah sini.. atok nenek aku memang orang sini .. so nanti aku balik kampung.. takdelaaa boring sangat.. shopping mall dekat nak mampos..

oklah aku tanak cita la pasal pembangunan kat sini.. apa pon, sapa yang tak beli rumah area batu kawan ni.. korang memang rugi.. sebab banyak lagi okkaayyyy pembinaan akan naik gila-gila kan sini.. sebab apa?? sebab semua ni nak tarik untuk orang datang ke batu kawan yang dahulu nya kosong tak ada apa-apa .... and orang pulau memang senang na datang sebab dah ada jambatan kedua kan.. nak lalu jambatan pertama boleh, kedua pon boleh.. ikut yang dyorang rasa dekat.. so.... nak cari barang yang ada kat KL? or belah belah selatan? no need.. penang dah ada . jimat minyak kenn...

so aku nak share sikit beberapa brand yang ada kat Design Village mall tu..



















so setakat ni, ini jelah yang aku tahu .. ini pun sumber dari google kat page Design Village.

nahh .. aku share sikit gambar aku time kat sana..
 haha OOTD kejap depan Super Dry

 da nak dekat chrismast kan... dia punya hiass lelawo...

selfie sikit.. aku datang dengan kawan aku ahad lepas.. berdua jea..

kecewa sikit, ramai yang serbu kat Wendy's .. so kami terpaksa beratur panjang dan tunggu hampir 1 jam.. untuk sampai turn nak order.. order bungkusss jeaaa yuppppp.. lengguh kaki aihhh berdiqi kat dalam tu.....ramai giler..lapo sangat.. tu sanggup tunggu jugak tu... dah tu jenis-jenis manusia yang makan dalam tu duduk punya lama.. ta reti nak bangun keluar .. kasi la chance kat customer lain plak duduk.. ye dok.. hmmm.. meja kerusi pun sikit.. kedai pun kecil .. staff pon tak ramai.. dia la amik order.. dia laa yang buat order... dia la jugak curik-curik pegi goreng ayam, goreng kentang.. aduhhh sabor je laa.... haishhh dah tahu ramai orang kan.. amik la pekerja partime tu rameiiiiii sikit...  tak pasal-pasal tade pilihan.. kitaorang makan kat kerusi batu-batu kat luar shop tu jea... lapaq weyh... wendy's je laa nampak menarik nak makan pon time tu... kalo ada mcd, kfc, benda lain kat luar design village tu.. memang kitaorang belah dah.. tu je la yang kecewa sikit..

ok lah ... selamat mencuci mata dan selamat shopping di Design Village Penang .... next??? tunggu pembinaan IKEA plak bersebelahan design village nanti .... yuhuuu..

tq. byee... 


No comments:

Post a Comment