Thursday 15 December 2016

Raikan Cinta Ciah & Fathi

Assalamualaikum..

huhhhhh!! ada peluang untuk aku karang sedikit pasal jalan cerita aku dari mula nya hubungan sebuah kekasih, kepada tunang dan seterusnya ke saat pernikahan dan selanjutnya.. iaitu alam berumah tangga aku yang bermula umur 23 tahun..

Merisik / Bertunang

aku dan dia plan bertunang pada awal tahun 2016. yess.. aku telah datang dirisik oleh si dia dan keluarga nya pada 13 Mac 2016.. persiapan biasa biasa sahaja.. hantaran berbalas pun sedikit .. tak ada salinan pakaian macam orang lain selalu buat.. tak ada pelamin .. aku cuma berpakain baju kurung biasa, sedikit solekan sendiri, dan sedikit makan-makan buat sebelah keluarga nya dan keluarga aku sahaja .. dan juga tak ada jemputan kawan-kawan atau jiran tetangga.. (so kawan-kawan aku jangan terasa yeaa)

hari dirisik tu bagi keluarga kami, ialah hari pertunangan .. dimana masing-masing keluarga sudah berbincang meletak kan harga duit belanja hantaran , mas kahwin dan juga tarikh pernikahan..kami menjalankan hari biasa kami seperti biasa.. sepasang kekasih dan juga sebagai tunangan orang ... aku mengakui aku di duga dengan ujian emosi oleh orang-orang yang di sekeliling nya dengan rasa kurang tidak senang.. yes.. sepanjang pertunangan semua pasangan mesti akan mengalami dugaan masing-masing..

Akad Nikah

Alhamdulillah... hubungan kami di restui Allah, kami selamat di ijab kabul pada tarikh 03 Disember 2016 pada hari sabtu jam 2.25 petang selepas solat zohor..

hari tu ada dua orang pasangan termasok kami.. akad nikah di buat di masjid Jamek Batu Kawan, agak ramai ketika tu.. kira nya kedua dua pasangan kami berkumpul di dalam masjid dan tok kadi buat serentak .. perasaan aku time tu biasa-biasa.. agak gementar , hahaa (macam aku plak nak salam dengan tok kadi nya) muncul jugak perasaan cemas dan terlintas sekejap ,, seperti tak percaya yang aku akan menjadi isteri orang dalam masa 2 tahun mengenali si suami ..alhamduillah dia jodoh aku..

dengan skali lafaz... suara lantang nya dengan jelas... aku sah menjadi isteri dia.. aku tak rasa nak menanggis.. tapi rasa terharu dan gembira... tu ada.. Alhamdulillah Ya Allah..

 hihi... salam abg ..
 dengan family suami
selfie dengan kawan-kawan yang datang.. tq hampa semua..
 thanks fatin jawahir, atin nurul, syazleen, hawa & fatin auni
 kawan sekolah aku yang still stay sampai sekarang.. 
haha ni plak "bridemaids time nikah baju sama tanpa sengaja katanya"

Majlis Perkahwinan sebelah aku di Batu Kawan, Penang (04 Dis 2016)

pagi-pagi lagi kami dah bersiap nak pergi membuat persiapan diri.. makeup dan pakai baju pengantin.. aku makeup di jawi.. rumah akak Fejida Amir.. maybe dalam pukul 8.30 kami sampai.. agak lewat sebab dalam perjalanan ke sana .. kami mengambil peluang untuk memasang petunjuk arah ke wedding kami.. sebab tak ada orang nak tolong pasangkan ..

so sampai sana.. aku pun start la dimakeup kan oleh akak fejida.. dan pengantin lelaki pun di touch-up sikit dengan foundation . hahaha (sebab suami aku ni gelap sikit) hahaha.. dan siap semua.. dalam pukul 11.30 .. kami ada masalah sedikit dengan sampin pengantin lelaki. suami aku dan kawan nya tak reti nak pakai sampin ala-ala bunga tu.. dah bukak Youtube and also Video yang aku rakam masa pergi fitting hari tu.. still tak pandai buat..so yang lambat nya.. kami bergegas ke butik Romzy semula untuk menyuruh akak butik pakai kan.. malang nya .. dah sampai akak yang nak bagi pakai tu pun tak reti jugak.. so akak tu pun buat lah gaya yang dia tahu.. hentam je laa nokkssss... tadaaaaa alhamdulillah .. kira boleh and cantik lah tu.. so kami bertolak balik ke batu kawan dalam pukul 1.00 tengahari..  kami di arahkan sampai di majlis dalam pukul 1.30 .. sebab dah nak dekat solat zohor kan...

aku malas nak cakap banyak ... so majlis berjalan dengan lancar.. ramai kawan aku datang .. terima kasih tak terhingga yang datang .. yang bagi hadiah .. tapi tade nama.. thank you sanggat guyssss.... sayang hampa semua !!! syukur alhamdulillah ... hari tersebut tak hujan pun.. alhamdulillah Ya Allah sebab tak hujan .. so majlis diteruskan oleh kunjungan tetamu seperti biasa.. sampai lauk tak cukup .. perghhhhh alhamdulillah ... maaf bagi yang tunggu nasik lambat masak.. saya mintak maaf yea...

terima kasih mak ayah, keluarga belah mak, belah ayah yang banyak membantu ciah .. dari awal sampai habis kenduri.. sepupu semua thanks sanggat. mintak maaf kalau ade terkasar bahasa sikit hari tu... dan kawan-kawan photog. yang datang .. syahir... abang Hermawan dan juga my OP photog. Zarul PHV ikan biru dan tunang nya adik Iena yang menjadi pengapit dalam beberapa minit haha. thanks so much... kawan kerja Wahlee Feng Tan dan anak-anak nya yang cute .. kawan kerja Net Point yang datang .. kawan kerja Furutec .. thanks ramai yang datang.. dan jiran-jiran, kawan-kawan mak ayah.. kawan-kawan adik.. thanks semua... terima kasih lah semua nyaa... nanti aku share sikit gambar aku kat bawah okeyhh...

selfie sikit kat pelamin 
habis photoshoot outdoor, singgah jap makan MCD juru. lauk kat umah komfom habis

Majlis Perkahwinan sebelah suami di Hulu Langgat, Selangor (10 Dis 2016)

yaaaa, selang seminggu majlis aku.. then turn majlis di sebelah lelaki plak.. kami bertolak pada hari jumaat pagi .. sebab majlis nya hari sabtu kan.. thanks suami datang penang khamis malam tu untuk datang jemput konvoi sebelah penang..

dalam 6 buah kereta dari penang termasok kereta kami.. kami sampai di Hulu Langgat dalam 3.00 @ 4.00 petang macam tu aku pun da ta ingat.. sampai jea.. family suami dah sediakan kami homestay yang berdekatan rumah nya.. malam tu dalam pukul 8.00 kami sekeluarga di jemput pergi ke rumah nya untuk makan malam beramai-ramai.. serius.. family aku suka sangat dan semua nya happy.. thanks family mertua ..

dipendekkan cerita .. tiba nya hari sabtu hari majlis perkahwinan di rumah suami aku.. majlis berjalan dengan lancar.. perarakan bermula pukul 12.00 tengahari .. alhamdulillah, dalam pukul 2.30 petang macam tu baru hujan sedikit.. tapa.. hujan rahmat ... selepas tu hujan pun da reda sikit.. tetamu datang seperti biasa tidak putus-putus.. dalam pukul 4.00 petang majlis dah berakhir tutup..

details sangat kalau nak cerita nih.. so aku share sikit ahh gambar nye keyh.. and hari tu kami tada amik OP photog. so dapat la makan kat meja beradap dengan happy nya hahaha aku dan suami makan betul-betul tibai makan.. dengan udang panjat nya, ayam golek nya, ikan nya , ice cream nya, puding nya.. dan buah-buah yang di sediakan.. hahaha sebab belah penang kat meja makan beradap tu tak sempat nak makan.. sebab ramai nak bergambar hahaa rasa macam artiss woooo hahaha.. apa pun tengs semua yang datang.. !!

 family aku dari Penang !!!
hahaha iollsss datang nih... perarakan ke majlis sebelah rumah pengantin lelaki.. thanks Maq & Redza jadi pengapit kami..
 pengantin nak selfie sikitttt...
malam tu potong kek yeahhh !!

No comments:

Post a Comment