Friday 18 December 2015

Rombongan Pengantin pihak lelaki (adik ipar)

Assalamualaikum..

maaf aku lambat sikit update entry kali ni.. actually kenduri rombongan belah pihak lelaki (adik ipar) pada hari ahad lepas 13 Disember 2015 .. so disebabkan tiada ruangan masa nak mengarang cita... aku cita laa hari ni...

okay macam biasa.. belah kitaorang dah settle minggu2 lepas.. so minggu ni kami sekeluarga rilekss jeakkkk... just pagi tu.. adik aku awal-awal jam 9.00 pagi da gerak ke butik pengantin untuk dimakeupkan sekali lagi dan dilukiskan henna ...

sebelum bertolak.. bergambaq sat

dia habis makeup dalam pukul 11.30 pagi.. husband dia pun datang sekali untuk tunggu semua rombongan pihak pengantin perempuan untuk pergi ke rumah majlis di Juru.. (dekat jerkk)
lebih kurang 10 buah kereta berkumpul di Stadium Batu Kawan , dan mula bergerak dalam jam 1.00 tengahari...

so dalam pukul 1.30 tengahari kitaorang semua pun sampai.. kami disambut di pihak lelaki .. dan dari pihak keluarga .. mak ayah aku.. serta AKU disuruh duduk dimeja makan dengan pengantin . ecehhhh aku malu weyhhh nak makan depan tu hakhak.. tapi last-last habis jugak . lapar katakan hehehe.. malu hilang..

masa makan di meja makan pengantin ....

bergambar habis time makan pun...hahaha... (aku pendekkan cita)
dah settle makan.. kitaorang pergi bergambar di Pelamin plak.. whoaaa.. belah sini tema dia Purple ..so ber-purple lah kita yehhh.. bergambar belah pihak keluarga kami lah... belah mak, belah ayah.. semua ada.. jangan risau... camera-man (photographer) dyowang ada.. hahaha.. tak lupa jugak pakai camera henpon yang tak berapa nak canggih sangat ..

aku dan adik aku serta adik ipaq ..

bergambar kali ni tak kelam kabut sangat ...sebab masa tu tetamu da kurang.. so boleh rileks2 je.. ta macam kenduri belah kami... ramai gila baq ang bila pikir balik.. semua jadi cacamerba haha.
apa pun benda da settle.. jangan ingat lagi :)

oklah ... itu jelahh cita aku kali ni... Alhamdulillah selesai sudah kedua-dua belah pihak ..
now tunggu turn aku jelah keyhhhhh... InshaaAllah.. Amin...



Friday 11 December 2015

Majlis Perkahwinan Ilah & Wan

Assalamualaikum ... saja nak throwback balik masa wedding adik aku hari ahad lepas, iaitu jatuh pada tarikh 06 disember 2015. Majlis Perkahwinan ini adalah pertama kali berlaku pada keluarga kami..

Orang yang bertungkus lumus mencari dan menyediakan semua persiapan mestilah mak ayah aku .. dyowang yang excited sangat sebab nak menyambut menantu sulung kata kan ... ehh menantu sulung?? habis aku ni?? okayy cool cool.. actually aku lah anak sulung kan.. so kira adik aku yang kawen dulu.. maka officiallyyy nya adik aku dah langkah dua bendul hakhakhak..

tapa... tu jodoh dia.. :) Alhamdulillah.

semua persiapan dah dilakukan cuma tunggu hari majlis sahaja.. so tiba lah hari ahad tersebut... Majlis di mulakan awal pagi kerana kami mengadakan tahlil sekali... selepas itu, majlis perkahwinan bermula jam 11.30 pagi... ramai baq ang...cuaca masa tu elok panaihhh jaa... ta hujan lagi woi...

aku malas nak cita memanjang.. majlis memang berjalan dengan lancar.. sambutan pun ok..... orang datang ta henti-henti.. Alhamdulillah..
so jam menunjukkan kul 2.50 petang..
adik aku di suruh tukar pakaian gaun untuk sesi memotong kek..  sesi pertukaran baju pun sampai 1 jam... gila lama.. (ada masalah antara mak andam butik busana pengantin) 

so sesi memotong kek berlangsung kira kira pukul 4.00 hingga 4.30 petang sahaja..
seterusnya kami keluar untuk sesi outdoor photoshoot.. photog. bersetuju untuk shoot di Taman Tunku, seberang Jaya.. setelah kami tiba di sana... dalam beberapa minit... YaAllah tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya... dalam hati aku.. kesian sangat2 kat adik aku dan husband dia.. bayar mahal dah untuk photoshoot last-last hujan... 
tada rezeki kan... itu yang buat aku rasa kesian sehingga hari ni.. komfom gambar adik aku ta banyak nanti... 
 adik aku & husband dia (pakaian gaun putih & kot hitam untuk sesi memotong kek)

kami sepupu.. cucu mami tok wan shariff'

sepetang menemani adik shoot wedding di Jabatan Taman Tunku, Seberang Jaya


itu lah cerita nya.. " moral of story ... nak kawen.. cari wedding planner awal-awal... 
get ready kalau musim hujan... make sure boleh repeat shoot di hari lain.. atau diganti dengan shoot studio ... baju tu sewa la lagi untuk satu hari lagi...  "

*untuk my sayang.. tq so much sebab datang jejauh untuk hadir dan spendtime dengan aku masa majlis tu ... 





Sunday 29 November 2015

Baju Kurung moden

Hello,

kelmarin aku dah siap kan 1 pasang lagi baju kurung moden yang aku tangguh agak dalam 1 bulan rasanya.. nak siap kan satu baju kurung moden yang berlace senang ja.. dalam 4 hari ja da boleh siapkan..

Al maklum lah, aku kan kerja .. so aku pergi kelas jahit masa waktu aku cuti kerja ja.. makna nya cuma hari sabtu dan ahad ja laa.. tu pun .. sehari 3 jam.. jauh tau ..satu hal dah tu.. dari batu kawan ke permatang tinggi, (atas dari permatang pauh) area area butik FAREEDA tu.. atau kalau hampa orang seberang ni, mungkin juga tau dengan kedai makan "Gelaihh Besaq" .. kat situ lah kelas menjahit aku ...

awal-awal pagi da gerak turun sana.. demi nak belajar menjahit kan .. so usaha lah lebih sikit,, now aku da tak risau nak pakai baju apa jaa.. boleh pergi then belajar jahit ja.. dua minggu da siap ... mean 4 days lah kan .. 2 miggu , 4 hari aku masok kelas untuk siapkan 1 pasang baju.. 1 hari lukis baju apa yang nak buat, ukuran baju dan badan, gunting kertas.. hari ke 2 ... potong kain, start jahit tepi.. hari ke 3 start jahit baju .. tangan ... leher .. hari ke 4 jahit kain , pinggang .... then tadaaa.. siap !!

baju kurung ni adalah baju yang ke 3 aku da siap .. first aku buat jubah dress , second baju peplum then third ni baju kurung moden yang berlace ...
contoh baju yang aku nak buat.

baju kurung moden kali ni aku plan nak pakai masa kenduri adik aku belah pihak lelaki nanti .. tema dyowang "purple" so ... baju aku ni kaler dia pink belacan .. arghhh kira boleh lah tu.. tudung aku carik la kaler purple haha !!! malas nak beli dah ... so pakai je lah kannn...
tadaaa.. da siap ... baju yang aku buat tu.

suka dan rasa seronok bila kita pakai baju yang kita jahit sendiri ... usaha tangga kejayaan okeyhh !!


Monday 16 November 2015

Make Up Class by Sis Q

Assalamualaikum, okay ... ini cerita pasal semalam, pasal kelas make up ..

actually aku memang dok cari pun mana-mana kelas make up yang ada .. sebab nak join, nak belajar makeup dengan teknik yang betul . tapi.. semua nya jejauh ... susah sebab kerja lagi .. nak pergi problems transport lak jejauh ni.. so rezeki .... ada :)

..kebetulan akak dari butik Riqista Q Boutique ada anjurkan .. so apa nak tunggu lagi.. aku pun join lah ...

harga promosi Deepavali katanya so dari harga Rm150.00 jadilah ke Rm80.00 ..
class tu start dari pukul 12.00 tengahari hingga pukul 4.00 petang.... start dalam pukul 1.00 pm something lah ..
so.. dia start ajar kitaorang dengan ada sorang model make up dia .. so, lepas da siap, dia suruh kitaorang lak makeup muka sendiri sambil dia tengok dan tunjuk ajar mana yang tak betul ...

lupa lak nak cakap.. kitaorang yang pergi kelas tu 3 orang jek .. kekkekekee...

sorang dari pahang (22tahun) , sorang adik yang tinggal area Putri Gunung jek (20tahun) then ... sorang lagi aku heeee ..

dia ajar step by step ... lukis kening, pakai foundation, eyeshadow , eyeliner , gam bulu mata , then pakai bulu kening , alter balik kening , then pkai lipstick .... (panjang cita nya lau nak terangkan) so aku pendekkan ...

hmmm nak pendekkan cita ni ,,
so tadaaa siappp !!

rupa aku lepas makep hasil tangan sendiri eceyhhh ..

3 peserta yang hadir ... Ila (kiri), adik Marlina (tengah) & aku (kanan)

model akak Q Syakilla nama dia .. comel dak ni ..

okay . itu saja lah .. kalau sesiapa yang tengah cari Mua dari Simpang Ampat yang berdekatan boleh contact akak Q (ita) +012-531 3997 (make up dinner, wedding, tunang, photoshoot semua dia boleh buat ) just whatsApp keyhhh .. :)

Tuesday 21 April 2015

interview w17

assalamualaikum , malam ni rasa nak sangat luah something ..
esok adalah hari temuduga aku di bawah SPA jawatan gred W17 iaitu pembantu tadbir kewangan. 
aku dapat tahu pasal IV ni pon last minit . dalam 5 hari nak kena pegi IV ni aku baru dapat email dari SPA . tak macam tahun lepas , sebulan aku dapat notis ni .
well ni kali ke dua aku langkah kaki ke komtar untuk cuba nasib ni, aku nak sgt2 kerja under GOV . sebab macam semua org tahu, ada kelebihan dia kan . mmm tapi aku tatau skop kerja ni berat .
dalam aku tengah cari info pasal job ni, aku terbaca satu blog ni pasal luahan pekerja sebagai pembantu tadbir kewangan yang minta elaun di naik kan dri 40.00 ke 80.00 pon kena lalui exam . mmm dari luahan dyowang aku dapat fham . tugas untuk menjaga hasil kewangan negara amat lah susah .
bab bab duet ni jangan main2 , aku dah la ta suka bab bab duet ni, nak jaga duet , bab nombor2 ni bkan senang .
stress je aku baca blog tu, macam macam hal .
kerja ni, adalah pilihan kita sendiri . kalau gaji tinggi kerja ta happy, tada masa dgn keluarga , tension sedia pon ta best jugak .
kalau kerja lenggang je, ta de benda na buat , gaji sikit pon stress jgak .
ini kan gaji permulaan (kew) ni 929.00 keja mak ai .. dengar khabar susah je . na bandingkan dgn tak seberapa . mmm hidup ta tenang jgak . .
lepas aku baca aku jdi lagi stress nak pergi IV esok . ikod kan hati aku nal cancel je .  tapi .. demi mak ayah aku , ayah aku da amik cuti esok semata mata nak bawak aku esok, aku pon da amik cuti kerja esok semata mata nak pergi esok .
apa boleh buat ? aku tanak kerja ni . tapi aku terpaksa pergi sbb aku da apply dulu . mmm
macam mana sekarang ?
aku pergi dan cuba je la esok .
wish goodluck lah ye dekat aku kekekee..