Wednesday 16 November 2016

15 hari lagi

Assalamualaikum, lama nya tak menulis dalam ni, tak sangka plak, tak sampai 1 bulan pon aku akan melangsung kan perkahwinan aku tak lama lagi.. tak lama lagi nak jadi isteri orang ni, kalau nak ikutkan dah bersedia ke belum .. bagi aku macam belum, tapi aku tak kisah.. apa yang aku tahu.. bila kau dah jadi isteri kepada someone.. of course rasa tanggungjawab tu muncul tiba-tiba .. yela .. ta kan nak biarkan suami kau uruskan sendiri kan .. kalau dah bersedia nak jadi ibu tu... of course tak langsung sama sekali.. tak terpikir pun nak anak cepat-cepat.. tapi kalau dah rezeki.. macam mana kan. kena la terima.. ermm??

erghhhhh .. jauh nya aku pikir, baik pikir apa yang belum settle, majlis dah nak dekat ni.. but aku still relaks macam tak da apa-apa..

1) dokumen semua bab borang kawen ?
= dah settle belah lelaki, belah aku pun dah, dah hantar ke pejabat agama, dah ditemuduga oleh ustaz Hassan dari pejabat daerah Jawi, Penang.

2) kad kawin dan pakej-pakej ?
= dah settle kedua dua belah pihak, dah start edar.. aku buat di kedai Anz Creative Global, bertempat di Taman Tasek Maju, Simpang Ampat. memang berbaloi dan murah. boleh pilih pakej-pakej yang ada. contact no. boss dia +60174878868

3) busana baju pengantin ?
= dah settle pilih, dah settle bayar full, tunggu nak final fitting.. aku amik Busana Pengantin Romzy Studio di Parit Buntar.. 

4) makeup ?
= dah settle booking date .. of course di makeup oleh salah sorang Fav Mua aku.. iaitu kak Fejida Amir.. untuk Makeup Sanding ( boleh add facebook dia seperti nama yang aku mention tu, contact num +60195940730 ) dan Fav Mua aku lagi untuk Makeup Nikah ialah kak Nita Rasid ( boleh add facebook dia seperti nama yang aku mention tu, contact num +60125313997 )

5) pakej meja makan dan pelamin ?
= dah settle booking dan deposit dari Nisrina Pelamin Bajet Penang ( boleh add facebook dia seperti nama yang aku mention tu, contact num +60184724329 ) .. aku amik pelamin bajet je tau .. jimat dan sangat cantik ... dia ni stay dekat gila dengan rumah aku .. lorong sama plak tu.. memang rezeki sangat .. alhamdulillah .. so bagi orang-orang penang yang nak kawen belum dapat cari pelamin yang cantik dan simple boleh la contact beliau okayhh..

6) hantaran
= dah settle jugak, tinggal beberapa kotak jea nak disiapkan .. dibantu oleh mak aku.. semestinya .. mak aku ni dulu orang selalu amik upah buat hantaran, mak aku amik caj Rm5 sahaja untuk 1 hantaran.. tapi tu dulu la.. sekarang mak aku dah pencen okayhh.. dia buat untuk anak-anak dia ja...
kotak-kotak hantaran, renda-renda, bunga kotak dan juga kain satin untuk lapik semua di sponsor oleh bakal mak mertua aku yang baik hati .. hee hee..

7) doorgift untuk tetamu
= ohh yeahh ini dah 50% siap prepare.. lagi 50% otw siapkan .. sebab barang yang kami nak letak dalam beg doorgift nih, sejenih manisan yang di sukai semut-semut.. haa haa.. so kami plan bila tarikh dah nak dekat baru kami start masukkan semua barang terus... barang apa?? haa haa ta boleh la bagi tahu.. nak tahu kena la datang ke majlis aku nanti .. hahaha yang penting ia sangat berguna untuk tetamu yang datang, dan aku bukan suka beli benda yang membazir dan tak berguna ok.. tu yang snagat penting...

8) homestay untuk pihak lelaki
= memandang kan bakal suami aku ni orang selangor, so kena la prepare homestay ye dok..
aku da dapat dua homstay yang berdekatan rumah aku.. so alhamdulillah 1 buah rumah 2 tingkat, 1 buah lagi rumah tres.. all complete. harap dyowang selesa lah yee.. nak cari homestay area Batu Kawan?? boleh la contact kak Zai +60124360021


hmm actually, aku tak sabar nak selesaikan semua ni cepat-cepat. bukan gatal nak kawen cepat-cepat.. tapi aku pening memikirkan smua benda yang on hold semua ni.. balance-balance deposit semua ni.. jennuh.. so bagi bakal-bakal pengantin kat luar sana.. tak kira la kau perempuan .. jangan ingat kau tak perlu saving untuk kawen.. bukan laki jea wajib kena saving.. perempuan pon sama okay.. nak kawen?? saving lah sama yea.. tak rugi pun.. duit kalau saving .. even tak guna.. tak rugi okay... malah untung lagi tau ..

so wish la selamat pengantin baru kat aku hahaha berdebar-debar uollss.. can't wait lah.. nak jadi princesss gitu... Assalamualaikum..




No comments:

Post a Comment