Wednesday 13 July 2016

Raya AidilFitri 2016

Assalamualaikum .. agak lama rasanya tak menaip kat dalam blog usang aku ni..
Alhamdulillah tahun ni aku masih di beri peluang oleh-Nya untuk menyambut hari raya aidilfitri dalam keadaan sederhana. Mungkin tahun ini ialah tahun terakhir menyambut hari raya sebagai seorang gadis single .. ehem ! tahun depan inshaaAllah bersama suami .. haha

setiap tahun bagi aku .. raya adalah raya yang tak semeriah macam keluarga orang lain..

HARI RAYA PERTAMA

raya dengan kawan-kawan sekolah

dengan kawan sekolah beraya di rumah Ieja

FAMILY BELAH MAK (PENANG)

kedua-dua atok nenek belah mak sudah meninggal dunia , so sejak dari tu setiap tahun raya dah tak ada kunjungan dari sedara-sedara jauh.. sangat berbeza semasa tokwan & tok masih ada dulu.. setiap kali raya dulu, mesti sedara yang kenal tok dengan wan mesti datang beraya . sekarang dah hambar ..
cuma mengharap kan sepupu terdekat jea datang .. itu pun raya ke dua atau ketiga . Raya pertama aku akan habiskan masa untuk plan pergi beraya ke rumah kawan-kawan jea , tak pun makan kueh raya , rendang ketupat , tengok tv.... tak pun aktiviti lain aku, adalah tidur hingga ke petang raya . sedih kan .. sebab kampung belah mak pun just kat penang ni jea . kampung yang tinggal ini jea la.. so na kemana lagi ?? tada lagi kampung dah ...so duduk jela rumah . mereput di hari raya ...

 beraya di rumah maklong belah mak.. raya ke - 2

sepupu belah mak .. raya ke - 2

FAMILY BELAH AYAH (PERAK)

okay, belah ayah pun sama.. tapi lagi sedih kedua-dua atok nenek belah ayah aku tak sempat tgok.. mak aku sebagai menantu pun ta sempat jumpa dyowg .. sebab nya atok nenek belah ayah aku ni dyowg meninggal masa ayah aku darjah 5 lagi.. sayang nya ayah aku kat kedua atok nenek aku ni.. sampai tahap .. setiap tahun .. subuh2 raya lagi ayah aku akan drive ke Parit Buntar, Perak untuk sembahyang raya kat sana then melawat kubur kedua-dua mak ayah dia.. punya taat nya dia kat mak ayah dia.. terharu bila mak aku cakap ayah dah keluar pgi-pgi balik perak sorang-sorang semata-mata nak ke kubur mak ayah dia.. hmm

then selalu nya raya kedua, ayah akan bawak kami sekeluarga balik rumah abang dia, (paklong) kat Batu Lima, Parit Buntar.. raya ketiga plak kami akan rancang dengan makngah dan anak2 dia (sepupu) balik Sungkai, Perak .. rumah Kakak ayah (makteh)

 yeahh.. da sampai .. felda gunung besout2, sungkai perak. raya ke - 3

aku selfie sikit ehh, tu tangga naik ke rumah pakteh aku..

tahun ni kami balik sungai dari hari jumaat hingga ahad..

actually, boring kat sana..so, kitaorang pun pergi ke Teluk Batik pada hari sabtu tu .. dan bertolak balik pada hari keesoknya ..

family belah ayah..

sepupu ipar belah ayah .. raya ke - 5

sebelum bertolak balik Penang 

macam tu la life aku setiap kali bila tiba hari raya ..

so korang yang ada kampung tu .. balik laa selagi ada.. bila dah tada nanti.. time raya komfom sunyi ..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ye semua !!

No comments:

Post a Comment