Monday 29 February 2016

Make Up Class by Sis Syarifah Nadia Al Jufri

Assalamualaikum ...

kali ni nak share sikit.. throwback punya cerita masa 20 Febuari lepas..
aku ke kelas makeup lagi.. kali ni bercikgu kan cikgu makeup yang lain plak..bukan akak ieta hehe.. alhamdulillah rezeki dapat pergi kelas akak Nad ni.. sebab kawan aku mintak aku gantikan tempat dia.. sebab dia tersilap tarikh.. rupanya tarikh 20 Feb ni dia da balik study .. so dia mintak aku gantikan .. rugi kalau tak pergi sebab dia dah bayar da pun.. actually aku da pernah text akak Nad ni pasal kelas makeup dia.. mana tahu ni rezeki aku .. dapat jugak belajar makeup dari akak Nad..

dipendekkan cerita .. pagi tu aku pergi kelas menjahit dulu .. dalam pukul 9.00 pagi macam tu sampai lah pukul 11.00 .... then dalam pukul 11.00 pagi lebih tu aku kelam kabut baru sampai kat dewan tersebut.. kelas makeup kak Nad ni buat kat Dewan dalam Pangsapuri Pesona, Permatang Pauh.. area-area politeknik seberang perai tu .. yang mana orang permatang pauh / student Uitm / student Poli PSP .. komfom tau .. sebab kat Pesona tu ramai student sewa rumah ..

apapun ... lengkap lah 15 orang kami yang menghadiri kelas makeup tu , ada student dari kaun India jugak tau .. wahh bangga aku.. macam biasalah akak NAd pun ada Model Face dia sendiri .. iaitu kawan dia jugak .. semasa aku di dalam sesi kelas akak Nad.. agak mengantuk sikit sebab aku bangun awal kan .. dan keluar rumah awal.. lagi pun aku da tahu sikit basic makeup .. cuma nak improve kan lagi skill makeup aku kali ni.. ada jgak ilmu tambahan yang aku dapat .. salah satu nya barang2 yang akak Nad guna .. Gam bulu mata dia.. eyeshadow dia.. smua kebanykkan mampu milik untuk setiap orang .. contoh barang yang dia guna dari MAC, SEPHORA dan ada lagi lah aku pun ta ingat ... lama da kan cerita nih .. hihi ..

apa pun , apa yang aku dapat tengok ramai akak-akak yang join kelas makeup ni ramai yang ta berapa tahu makeup.. but kesungguhan untuk menjadi seorang wanita yang tahu akan basic untuk bersolek.. dyowang berusaha mengusai ilmu apa yang kak Nad ajarkan ...

setiap orang ada keinginan dia sendiri.. untuk kelihatan lebih menyerlah.. yakin pada setiap diri seseorang .. dan aku ... aku suka akan kecantikan .. suka akan Makeup .. itu sebab aku pergi kelas makeup dan aku memang suka makeup.. ta rugi pergi kelas makeup .. at least kau as perempuan kau tahu nak makeup muka kau sendiri bila ada event apa-apa.. ta perlu keluarkan wang ringgit yang mahal semata-mata nak g kenduri.. dinner dan apa-apa majlis sekali pun.. sekali je beli barang makeup.. boleh pakai banyak kali.. sekarang barang makeup pun mahal tau.. kau tadah muka je kat MUA da berpuluh , beratus dah ... oklah aku tanak bebel banyak ...  aku na share sikit gamba time aku kat sana .. haha

sesi bergambar beramai-ramai.. (tudung hijau tu model kak Nad)

 sesi bergambar serahan sijil

  sesi bergambar serahan sijil

  sesi bergambar Selfie hihi..

 yang tudung merah tu kawan baru kita .. nama Wani .. yang tudung oren tu of kof la cikgu makeup kitaowang ^^ cute kan .. dia la akak NADIA :)


note: *bagi yang berminat nak hadiri kelas makeup kak Nad boleh la contact dia di 
whatsApp +017-538 3125

kalau area seberang penang , dia selalu buat di Permatang Pauh. so dekat kan ^^

itu je la yang ciah dapat share untuk entry kali ni . tq sudi membaca ^^





No comments:

Post a Comment