Wednesday, 11 May 2016

Al-Fatihah chaq ..

Assalamualaikum ..


"hari ni, hari khamis.. masa aku tengah bawak moto lagi nak pergi kerja.. aku tiba-tiba terfikir rasa
macam nak pergi melawat chaq, rasa nya dia da balik rumah agaknya .. boleh la g melawat.. sebab dia cakap dia tak sihat hari tu .. then masa aku mesej dia. dia baru keluar ICU, tapi masih di hospital..

aku pun datang la kerja macam biasa.. elok aku peggang hp, aku dapat 1 mesej dari group Kelas Bengkel Sakinah... group ni aku yang cadangkan kat chaq ditubuhkan oleh chaq, supaya senang nak inform apa-apa kat semua student dia.. dia pernah ucapkan terima kasih kat aku sebab bagi idea buat group whatsApp ni.

balik pada cerita .. aku dapat mesej dari seorang student dalam tu yang mengatakan chaq dah kembali ke rahmatullah ... ya Allah .. aku macam tidak percaya mula nya..
 mesej dari chaq, yang kelas dibatalkan sebab dia tidak sihat ..
 dan nak pergi dapatkan perubatan islam..
last aku pergi kelas dia 17 hb april .. aku pergi siapkan baju raya aku.. dan aku ada bawakkan 1 pasang baju yang besar untuk di alter kan .. pagi tu aku pergi .. dia macam tak berapa sihat.. dia cakap dia sakit .. sbab bru lepas makan kari tadi pagi.. jadi anggin .. dia cakap biasa laa.. usus orang tua bukan kuat dah.. dia mintak aku urut-urut bahu dia ...kat belakang badan dia.. then dia ok sikit dah. dia thanks kat aku sebab aku tolong dia urut dia.. then dia tolong aku alterkan baju aku tadi.. baju raya aku pon da hampir siap .. tinggal aku kena jahit sendiri jaa...

aku cakap nak pergi KL jumpa bakal mak mertua nanti.. dia sempat nasihat buat perangai baik-baik nanti p sana.. dan nasihat apa yang patut masa jumpa bakal mak mertua nanti :) I MISS YOU CHAQ..
aku rasa macam lama sangat kelas ta bukak.. aku tergerak hati tiba-tiba risau nak mesej dia..
ni laa last mesej aku dengan arwah...
selalu dia mesej siap dengan emoji-emoji, ceria ja kalau aku mesej dia.. kali ni sepatah-sepatah jea..
aku faham.. dia tengah sihat .. aku pun ta mesej banyak ...
ini la berita yang buat aku tergamam seketika.. Allah .... ta tahu nak cakap apa ...
aku amik halfday hari ni.. untuk melawat chaq untuk kali terakhir.. chaq .. cek rindu sangat kat chaq...

kanan (suami chaq)pak chaq, arwah chaq (tengah), kiri kak manja .. (anak dia rasanya)

hmm.. chaq.. banyak fashion / style baju yang cek nak chaq ajaq cek nanti.. kita plan nak buat baju akad nikah cek nanti sama-sama... tapi apa kan daya.. Allah lebih sayang kan chaq... 
chaq.. semoga chaq di tempat kan dikalangan orang-orang yang beriman... amin .. i love u, i miss u so much..

chaq... cek rindu nak melawak , loq-laq dengan chaq.. chaq soqang ja makcik yang cek boleh melawak gila-gila dengan chaq.. lepas ni kita da ta boleh jumpa da setiap minggu .. 
cek sedeh sanggat.. tahan ja aiyaq mata ni ... hmm... sekarang chaq da pergi jumpa adik chaq kat sana..

 nanti kita pula jumpa yea.... miss you chaq... cek ta sempat nak tunjuk gambaq kawen cek nanti.... hmm...

Monday, 9 May 2016

Stylelista Fiesta, Dewan Millineum Kepala Batas

Assalamualaikum.. okay .. sebenarnya cerita aku kali da berhari-hari lepas dah pun,
saja je la aku nak #throwback balik masa 30 April lepas, hari Sabtu lepas..

awal-awal bulan april akak Ieta (MUA) memang da contact aku nak aku jadi model
untuk dia makeupkan nanti masa event Stylelista Fiesta, untuk slot Makeup Bollywood Challenge.
yang bertempat di Dewam Millenium Kepala Batas.. ok lah aku tanak cakap banyak pasal
event ni sebab aku pun bukan tahu sangat. yang aku tahu, aku jadi model kepada Kak Ieta je nanti..

kami dua orang memang tak ada pengalaman langsung masok mana-mana pertandingan
macam ni, kami memang sempoi la p pakat zero-zero dedua. yang kak Ieta ta pernah join
mana-mana pertandingan makeup dan aku plak pun sama , tak pernah berpeluang pun nak di ambil untuk jadi model mana-mana MUA atau butik hahahaha.. yelaa sape la nak kan..
ta tinggi like model, tak cun, tak cantik, tak putih lepak.. OPSSS sekarang ramai
yang suka model kulit Tan-Tan ok...

aku .. hmm spoil tang ketinggian hahaha .. rendah puloks.. untuk kali ni berpeluang jadi
model makeup kak ieta .. jadilah .. dapat merasa la jgak.. jumpa geng-geng kawan baru.. MUA-MUA,

kat sini aku share sikit gambar-gambar masa kitaorang kat sana...
 bergambar dengan cik Farah Purple & Nur Atilia 
(ta berapa ingat sangat nama diorang) hehe..
gambar full aku bersaree biru ...
 cantik kan Cik Farah Purple ni berselfie kejap dengan dia :)
 ni plak dengan sis Wulan Merindu (nama facebook dia) 
nama betul dia aku ta ingat haha
 ni diaaa ... MUA-MUA dan kitaorang ...
 ini plak adik Nur Solehah 
 aku berselfie dengan akak Ieta selepas siap makeup..
 berselfie dengan Penyanyi Aiman Ismail 
(artis jemputan) yang menyanyi lagu  CintaMu Palsu..
 selepas selesai pengumuman pemenang.. 
kitaorang dapat saguhati jeaa..
 aku selfie sikit di luar dewan..
last gambar dari aku & kak Ieta .. 
di luar dewan sementara menunggu jam 8 malam ..

*itu lah pengalaman aku sebagai model makeup Bollywood dengan MUA sis Ieta :)

Wednesday, 20 April 2016

mood , yeahh or nayyyy !!

Assalamualaikum .. ok hari ni aku nak cakap bab mood .. actually aku curi-curi ni nak menulis entry kali ni .. sebab nya aku guna pc ofis aku je ni ..

ok .. setiap pagi bila da sampai ofis , melangkah dalam  ofis aku, aku da get ready mood yang dah lekat kat "ms" dalam bilik ofis aku ni.. mula-mula aku macam ta dapat agak.. apa yang menyebabkan dia selalu tak da mood pagi-pagi nihh .. rupa-rupanya..... dia ta cukup tidur...hok alohhh... tak cukup tidur jeeee pun !! jangan dok buat teruk sangat..

yang masalah nya, dia melibatkan aku di dalam mood dia.. sampai aku na cakap pon jadi takod.. jadi tak selesa nak mulakan cakap .. na tanya  pun takod.. takod tersilap cakap ke.. salah tanya soalan ke..

so.. aku pun cakap la slow-slow, baik-baik kat dia.. punya dok risau mood dia meletup .. yolah.. mana tak nye .. buat nya dia pekik kat aku ke.. jerkah aku kee.. tak ke terkejut aku nanti ..


hmmm.. kadang aku pelik mana-mana someone pun.. kalau kau tak da mood sekali pun jangan la bawak sampai ke tempat kerja, jangan la babitkan orang lain, kena marah ke, kena apa sekali pun, jangan lepaskan marah @ geram kau tu kat orang lain.. tak pasal-pasal orang yang sekeliling kau yang susah.. yang terkena tempias..orang jenis macam ni memang tak professional langsung...

aku gelarkan orang yang mem-bad-mood ni adalah .. seangkatan dengan " orang gila " orang gila ni jangan dilayan.. layan pon buat kita jadi gila skali jea... tak dak guna .. so kalau tak da kena mengena dengan aku.. tak berapa penting.. aku ignore jea.. aku biarkan jea.. aku tak kan kacau dia..  nanti pepandai la kau baik elok sendiri..

untuk manusia-manusia yang ada perangai gila bad-mood ni.. mohon lah ... tapis dulu perangai bad-mood tu sebelom kau bawak datang ke tempat kerja.... be professional .. set minda kau .. personal-personal.. kerja-kerja.. ok! nak bad-mood tu biar bertempat sikit ..! biar masa yang sesuai.... tau !!

hurghh.... jadi macam aku haaa !! happy go lucky ..




Tuesday, 19 April 2016

kritikan membawa kebaikkan

Asslamualaikum .. hari ni aku curi-curi lagi untuk menulis dalam blog ni kat office aku
hahaha.. hari ni aku nak cakap pasal kritikan atau lebih kurang mengkondem atau pun komplain ..

sedar tak sedar selama ni aku melakukan pembaharuan dari kritikan orang lain terhadap aku..
memang mula-mula orang mengata aku, cara tegur aku, kondem aku.. buat aku kecewa dengan diri aku..buat aku rasa rendah diri, malu, sedih dan macam-macam lah .. sampai kadang buat aku
menangis .. aku tertanya-tanya pada diri sendiri.. buruk sangat ke aku? hina sangat ke aku ni?
aku paling teruk dari orang lain ke?

walhal, bila fikir balik.. aku yang ta pandai nak melawan, menjawab balik secara positif.. tapela benda pon da lepas.. da setempek dah pon bermacam-macam kutukan dilemparkan kat aku..
sehingga sekarang, aku cuba mengubah menjadi lebih baik :) alhamdulillah..

so aku ni ?? of kof lah seorang yang biasa-biasa , ta lawa langsung .. sampai ada manusia lain yang
kondem aku.. padahal orang yang kondem tu pun bukan perfect pon... tapi ada hati nak kata kat aku..

well.. manusia yang tak sedar diri dan perasan diri tu cantik & sempurna memang macam tu..
perasan kan...

sepatutnya.. sebelum nak mengata kat orang lain tu, ambil cermin bersar-besar yang boleh muat tengok sampai ke kaki tu.. tengok dulu diri masing-masing.. sempurna dah ke?? layak ke nak mengata kat orang lain ... cehhh !! engko mengutuk, mengkondem orang lain tu kira dah macam menghina ciptaan tuhan ... kau tau ?? engko ingat semua orang yang ada kekurangan ni nak ke jadi kat diri dyowang .. (macam aku, aku ta mintak pon ada kekurangan) tapi da Allah bagi ..kena terima jelah .... then terpaksa menahan malu dari kata-kata mulut korang..

so sebelum kesempurnaan korang tu di tarik balik.. pikir perasaan orang lain dulu sebelom mengkondem orang lain yee.. sekian ...

(geram pulak aku) hahaha..




Tuesday, 8 March 2016

Pesanan buat adik, dari seorang akak yang biasa-biasa sahaja

Assalamualaikum..Bismillahirahmanirahim .. kali ni biar aku gelar kan diri aku akak ..
untuk kali ni saja la..

okay.. lets start.. akak sekarang dah 23 tahun . akak tak thu nak cerita ni dari mana nak mulakan .. 
simple je lah .. akak cerita akak sekolah darjah satu kat sekolah kebangsaan bukit tambun, dari 
darjah satu sampai darjah tiga. tapi masa darjah tiga tu sekolah kat batu kawan baru je bukak..
jadi batch akak laa batch paling sulung rasmi kemasukkan sekolah batu kawan.. kalau ta salah 2003
kami sambung darjah tiga sampailah darjah 6 (tahun 2005) akak amik UPSR akak punya result ta cantik.. 
so akak masuk lah sekolah menengah harian biasa...

pada tahun 2006 akak masok tingkatan 1 kat sekolah menengah kebangsaan batu kawan , sekolah menengah 
ni bersebelahan je dengan sekolah rendah batu kawan. padang sekolah memang share lah.. so tingkatan 1
sampai tingkatan 3 akak amik PMR pada tahun 2008. result akak biasa biasa ja .. tapi seingat akak .. akak ta pernah
fail subjek.. tada sampai dapat E ahhahaha (kira ta pandai jugak lah tu)

apa pun akak memang ade niat nak masok sekolah berasrama... time tu budak sekolah memang gegila nak isi 
borang itu ini nak pulun masok asrama.. akak tak ketinggalan jugak.. akak cuba nasib nak masok sekolah agama 
Kebangsaan Nibong Tebal.. akak ada amik ujian membaca Al-Quran masa habis PMR tu.. tapi result akak ta cantik
dan maybe ada kekurangan dalam membaca tajwid Al-Quran .. so akak tak terpilih ..

pada tahun 2009 akak sambung lagi kat sekolah menengah yang sama.. iaitu masa tu tingkatan 4 akak 
ditempatkan dalam aliran Sastera .. akak tada pilihan .. ada 4 kelas je masa tahun tu .. sebab tidak ramai 
pelajar.. tidak ramai tenaga pengajar... even dalam aliran masing-masing still ada mata pelajaran yang kurang
untuk kitaorang.. tapelah .. akak teruskan .

pada tahun 2010 akak amik SPM ... berdebar-debar akak rasa... setiap calon SPM mestilah ada target tersendiri .. 
akak pon ada target akak.. tapi akak punya target ta sampai.. apa pun .. alhamdulillah .. akak credit kesemua
mata pelajaran yang akak amik..  result akak biasa biasa ja.... apa pun syukur :)

lepas ja habis SPM.. akak get ready isi form untuk masuk FORM 6, sebab dyowg cakap .. form 6 
langkah untuk penyelamat kalau ta dapat mana-mana IPTA .. (akak lebih memilih IPTA, dari IPTS)
sebab kak bukan orang senang.. akak orang dari keluarga yang biasa-biasa je..

akak ada apply kat UPU tu .. smua yang sesuai dengan kelulusan akak.. akak pilih .. cuba nasib kalau ada rezeki
orang kata .. akak teruskan perjalanan akak sambung Form 6 .. sementara ta keluar lagi result UPU.. ade laa dalam 1 bulan
atau setengah bulan akak kat form 6, masa tu da start dah cikgu-cikgu kasi kerja sekolah ... akak
masih berbaju kurung putih dan berkain biru muda.. sebab masa tu belom beli lagi kain maroon .. 

lebih dikata kan ramai yang memilih form 6 sebab tak terpilih masok Matrik, Universiti ... then dalam tengah bulan
macam tu kod... akak dapat surat pangilan memasuki Politeknik ... tadaaaaa... akak dapat peluang
memasuki Politeknik Seberang Perai, di permatang pauh.. penang ni jea...

serius... akak ta sempat pun nak kerja partime masa lepas SPM tu .. life akak just pikir nak sambung study
.. tahun akak tu . ramai kawan jenis berlumba-lumba nak sambung belajar.. ada baik nya berlumba mengikut
kawan sambung belajar... bersaing cara sihat ,,,,

orang cakap pikir dulu ,,, nak sambung form 6 atau Diploma .. akak dah gedik2 excited dah nak masok Poli
time tu, so akak serta merta tinggalkan kawan2 akak kat form 6 .. 
life akak dah berubah dan membawa haluan hidup masing-masing...

pada June 2011 akak da berada di Poli (PSP) dan bermula lah kisah hidup akak yang baru sebagai pelajar Diploma
dalam jurusan Pengajian Perniagaan..
akak tamatkan pelajaran diploma akak pada april 2014.. fresh graduate sanggat masa tu ..

bermula lah dunia pekerjaan bagi akak...
"ehh akak ta sambung degreee ke ??? tak adik.. 
"knapa akak ta sambung ?? sebab akak tanak dah pinjam PTPTN .. mak ayah akak pun tak galakan 
akak sambung study ..

so akak memilih untuk stop di Diploma dan meneruskan dalam dunia pekerjaan ..
pointer akak pon biasa-biasa je.. tu tape jugak.. yang penting nya jurusan yang kita amik yang lebih menentukan
hala kerjaya kita.. akak masa 2011 tu akak dapat masok kerja dalam kilang sebagai QA Clerk.. bergaji kan RM900 sebulan..
tapi ada masalah sikit.. buat akak tak boleh tahan kerja situ..

so, akak berhenti dan pada bulan Ogos akak dapat kerja sebagai Kerani Kaunter di sebuah kedai elektrik ..bergaji kan RM1000 sebulan
akak kerja ta lama jugak situ .. sebab faktor balik malam dan susah nak dapat cuti.. jadi akak berhenti di hujung November 2014

pada awal Januari 2015 akak dapat bekerja di sebuah kilang lain plak.. kilang ni office hour..
dan akak bertahan lama laa jugak hingga la sekarang .. akak ni belajar bidang business study .. dapat mula nya
skop kerja engineering .. aduhh .. then ade sorang bos ni tukar kan jadi assistant Sales Executive.. sampai lah sekarang akak kerja 
dah masok 1 tahun, 2 bulan.. Alhamdulillah walau gaji tak lebat pun ... environment akak bekerja sangat selesa
dan siap boleh pegang2 main phone lagi ...

walau macam mana pun adik kat luar sana.. walau akak ni ada diploma sekali pun.. gaji na mula kerja memang sikit..
dan.. orang sekeliling selalu memandang akak rendah.. soalan yang selalu keluar dari mulut dyowang....
" kerja mana.. ?? kilang jee..
"pakai sijil apa, SPM??
amboi akak2.. makcik2.. tahu lah saya lekeh je datang dan balik kerja berkasut slipar muka belemoihh ..
dyowang menilai dari luaran jeee.. 

hmmm kadang da jemu na pasang telingga dengar .. akak kerja kilang ni kadang rasa kesian tengok abang2 akak2 yang datang 
nak mintak kerja operator .. sebab apa .. sure lah dyowang akan kerja tempat yang dalam keadaan bahang,
panas.. tak selesa .. berbanding staff2 opis yang ada aircond sentiasa ni .. 
kita pun tak tahu latar belakang pelajaran dyowang apa .. sebab sekarang memang susah dapat kerja .. walau
ada sijil apa sekali pun ...

so adik-adik kat luar sana... sebagai kakak yang berusia 23 tahun ni.. yang tak berapa banyak pengalaman hidup,
sekadar pengalaman selama menjalani kehidupan remaja ni... akak nasihatkan .. belajar lah bersungguh-sungguh,,
pesanan buat adik akak juga yang di tingkatan 3 sekarang ... 

ubah lah perjalanan hidup yang boleh diubah sebelum terlambat ... dan sebelum menyesal dikemudian hari..
akak pun redha dengan nasib akak yang sekarang .. kerja yang ada.. semua rezeki dari Allah s.w.t....Alhamdulillah...

sekian ..... (3 kali sambung tulis cerita ni) ... kekekkeke sekian ... 

Monday, 29 February 2016

Make Up Class by Sis Syarifah Nadia Al Jufri

Assalamualaikum ...

kali ni nak share sikit.. throwback punya cerita masa 20 Febuari lepas..
aku ke kelas makeup lagi.. kali ni bercikgu kan cikgu makeup yang lain plak..bukan akak ieta hehe.. alhamdulillah rezeki dapat pergi kelas akak Nad ni.. sebab kawan aku mintak aku gantikan tempat dia.. sebab dia tersilap tarikh.. rupanya tarikh 20 Feb ni dia da balik study .. so dia mintak aku gantikan .. rugi kalau tak pergi sebab dia dah bayar da pun.. actually aku da pernah text akak Nad ni pasal kelas makeup dia.. mana tahu ni rezeki aku .. dapat jugak belajar makeup dari akak Nad..

dipendekkan cerita .. pagi tu aku pergi kelas menjahit dulu .. dalam pukul 9.00 pagi macam tu sampai lah pukul 11.00 .... then dalam pukul 11.00 pagi lebih tu aku kelam kabut baru sampai kat dewan tersebut.. kelas makeup kak Nad ni buat kat Dewan dalam Pangsapuri Pesona, Permatang Pauh.. area-area politeknik seberang perai tu .. yang mana orang permatang pauh / student Uitm / student Poli PSP .. komfom tau .. sebab kat Pesona tu ramai student sewa rumah ..

apapun ... lengkap lah 15 orang kami yang menghadiri kelas makeup tu , ada student dari kaun India jugak tau .. wahh bangga aku.. macam biasalah akak NAd pun ada Model Face dia sendiri .. iaitu kawan dia jugak .. semasa aku di dalam sesi kelas akak Nad.. agak mengantuk sikit sebab aku bangun awal kan .. dan keluar rumah awal.. lagi pun aku da tahu sikit basic makeup .. cuma nak improve kan lagi skill makeup aku kali ni.. ada jgak ilmu tambahan yang aku dapat .. salah satu nya barang2 yang akak Nad guna .. Gam bulu mata dia.. eyeshadow dia.. smua kebanykkan mampu milik untuk setiap orang .. contoh barang yang dia guna dari MAC, SEPHORA dan ada lagi lah aku pun ta ingat ... lama da kan cerita nih .. hihi ..

apa pun , apa yang aku dapat tengok ramai akak-akak yang join kelas makeup ni ramai yang ta berapa tahu makeup.. but kesungguhan untuk menjadi seorang wanita yang tahu akan basic untuk bersolek.. dyowang berusaha mengusai ilmu apa yang kak Nad ajarkan ...

setiap orang ada keinginan dia sendiri.. untuk kelihatan lebih menyerlah.. yakin pada setiap diri seseorang .. dan aku ... aku suka akan kecantikan .. suka akan Makeup .. itu sebab aku pergi kelas makeup dan aku memang suka makeup.. ta rugi pergi kelas makeup .. at least kau as perempuan kau tahu nak makeup muka kau sendiri bila ada event apa-apa.. ta perlu keluarkan wang ringgit yang mahal semata-mata nak g kenduri.. dinner dan apa-apa majlis sekali pun.. sekali je beli barang makeup.. boleh pakai banyak kali.. sekarang barang makeup pun mahal tau.. kau tadah muka je kat MUA da berpuluh , beratus dah ... oklah aku tanak bebel banyak ...  aku na share sikit gamba time aku kat sana .. haha

sesi bergambar beramai-ramai.. (tudung hijau tu model kak Nad)

 sesi bergambar serahan sijil

  sesi bergambar serahan sijil

  sesi bergambar Selfie hihi..

 yang tudung merah tu kawan baru kita .. nama Wani .. yang tudung oren tu of kof la cikgu makeup kitaowang ^^ cute kan .. dia la akak NADIA :)


note: *bagi yang berminat nak hadiri kelas makeup kak Nad boleh la contact dia di 
whatsApp +017-538 3125

kalau area seberang penang , dia selalu buat di Permatang Pauh. so dekat kan ^^

itu je la yang ciah dapat share untuk entry kali ni . tq sudi membaca ^^





Monday, 15 February 2016

Pasir Tanjung Batu, Juru, Penang

Assalamualaikum .. haii .. nak cerita sikit mengenai tempat baru yang agak awesome untuk yang minat bergambar ....chewahhh...

sapa dekat sini yang stay penang.. tapi nak sangat bergambar dengan pasir bersih yang seakan-akan di pasir Pantai Klebang kat Melaka tuh.. berita baik sikit... hahaha bagi yang suka bergambar boleh la cuba ke Tanjung Batu, yang terletak di Kuala Juru, Bukit Mertajam Penang. yang pernah pergi makan Mee Udang juru pasti tau .. sebab dah dekat-dekat kawasan tu dah.. kalau kita nak pergi restaurant mee udang kita belok ke kanan kan.. so nak ke Kuari Kuala juru, yang ada pasir tuh korang belok ke kiri.. jalan straigh jea.... ada bukit2 tu korang naik.... masok sikit dalam tu .. boleh nampak dah..

actually, aku pun firstime pergi nih... kebetulan kawan aku orang situ,, rumah dia dekat sangat dengan kawasan tu.. lepas kitaorang balik kenduri.. tukar kain pakai seluar.. rabat moto  jaaa pergi hahhhaa..

sambil jalan jalan kampung juru.. kitaorang pun pergi jelah tempat yang sedang panas di viralkan tu .. yang kelihatan macam gunung lah.. bukit putih laa.. macam2 laa.. actually semua ingat tempat tu kat klebang, melaka.. actually aku nak cerita psal klebang.. sorry sangat lah.. aku sendiri tak pernah pergi.. memang nak sangat pergi ... tambah2 tepi pantai kan.. auchhh suka sangat aku dengan laut dan pantai.. (oke tutup cerita bab klebang)

ok. untuk pengetahuan korang... tempat ni KUARI tau.. bukan pantai tau.. jangan nak imagine tempat ni macam tepi pantai plak.. hahha aku dengan excited pergi ... tengok2 dia tapak Kuari rupa nya.. tapi.. pasir dia memang cantik awesome lah.. sebab putih dan bersih.. bukit pasir tu tinggi dan berbentuk macam gunung everest gitu hahaha..

aku tanak cakap panjang.. korang pergi lah sendiri...dan tengok sendiri... dari info yang aku dapat dari brader yang jaga kawasan tu.. dia galakkan pergi pada hari ahad sahaja.. sebab hari ahad dyowang cuti .. tak kerja.. nama pon Kuari kan.. so mesti lah hari biasa lori keluar masok tempat tu.. nak pergi tu tengok hari dulu lah ye.. kang jangan menyusahkan orang lain plak kalau tercedera ke.. apa apa jadi ke kan susah... pilih masa yang sesuai.. dan jangan buat kotor tempat tu.. parking kereta tu elok-elok jangan nak terjah naik sampai ke dalam-dalam ... " dilarang sama sekali." . bukit tu korang jangan lah nak panjat-panjat macam kat klebang tuh ahhahahhaa.. debu ja cek oi.. bukan pasir kat pantai pun...

apa pun .. memang cantik kalau amik gambar... ramai dah photog2. bawak pengantin photoshoot kat situ.. hahaha .. 1 lagi .. kalau nak nampak menarik.. elakkan memakai baju bewarna putih.. bukan apa.. bukan haram ke apa.. takod kang ta nampak plakkkk mana satu orang.. mana satu pasir hahahhaa..

aku kasi belanja sikit gambar aku masa kat sana...

dengan kawan aku hehehe

salah satu timbunan pasir #tanjungbatu #juru

poseeeee sikit !!!

acah-acah candid haha...

feeling - feeling ada angin sikitt.... wuuu


ok lah tu ja gamba yang boleh aku share .. sementara tempat tu dibenarkan masok , korang pergi la cecepat ... yehhh :) hope sorang suka entry aku kali ni .. bye